Senarai Hotel Bajet Murah Di Kuala Terengganu.

Berikut adalah senarai hotel bajet murah di Kuala Terengganu mengikut kadar sewaan semasa yang mana kadar ini adalah berdasarkan carian di Google.com


Hotel Grand Puteri


Menawarkan bilik-bilik berhawa dingin dan kalis bunyi dengan internet berwayar percuma, Grand Puteri Hotel berjarak 5 minit berjalan kaki dari Terminal Bas Kuala Terengganu.

Hotel ini mempunyai restoran, kolam renang luaran dan tempat letak kenderaan persendirian percuma. Grand Puteri Hotel juga berjarak 5 minit berjalan kaki untuk ke Masjid Abidin Zainal. Pasar Payang Kuala Terengganu berada dalam jarak 10 minit berjalan kaki dari sini.

Ia mengambil masa 25 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Bilik-bilik bebas rokok di sini dilengkapi dengan sebuah TV satelit skrin rata dan bar mini. Bilik mandi peribadi mempunyai pengering rambut, selipar, pancuran mandian dan peralatan mandian percuma. Surat khabar percuma disediakan di meja penyambut tetamu 24 jam di hotel.

Perkhidmatan dobi dan kemudahan barbeku disediakan dengan bayaran tambahan. Bufet sarapan dihidangkan di Puteri Coffee House, yang juga mengkhusus dalam hidangan tempatan.

Tempah di sini >> TEMPAH HOTEL GRAND PUTERI

Hotel Ping Anchorage


Ping Anchorage terletak di Jalan Sultan Sulaiman dan terletak berdekatan dengan perhentian bas dan teksi serta Dataran Shahbandar. Juga berhampiran dengan Masjid Putih dan juga Istana Maziah. Kawasannya berhampiran dengan kawasan pelancongan utama. Kadar sewaannya pula murah dan berpatutan.

Hotel Grand Continental


Hotel Grand Continental terletak berhampiran Pantai Batu Buruk dan Taman Shahbandar. Menghadap ke Laut Cina Selatan, ia menawarkan penginapan bernilai untuk wang, kolam renang luaran serta Wi-Fi percuma.

Hotel Grand Continental Kuala Terengganu terletak 20 minit memandu dari Lapangan Terbang Domestik Sultan Mahmud. Tarikan-tarikan berhampiran termasuk China Town, Masjid Terapung dan Pasar Payang, semuanya terletak sekitar 3 km dari hotel.

Bilik-bilik di Grand Continental Hotel Kuala Terengganu dilengkapi dengan sebuah TV dan kawasan tempat duduk. Sebuah bar mini, kemudahan membuat teh dan kopi serta peti sejuk juga disediakan.

Tetamu boleh menikmati sinaran cahaya matahari di tepi kolam renang luaran atau bekerja di pusat perniagaan. Aktiviti menyelam dan sukan air boleh dinikmati di Pulau Perhentian, Redang dan Tenggol yang terletak berhampiran.

Hidangan istimewa tempatan dan minuman disajikan di Jala Mas Coffee House. Perkhidmatan bilik juga disediakan.

Tempah Hotel ? Klik SINI

Hotel Primula Beach


Primula Hotel menawarkan bilik-bilik dengan pemandangan taman atau laut. Menawarkan 3 pilihan untuk menjamu selera, hotel ini mempunyai sebuah kolam renang luaran dan arked membeli-belah. 

Bilik-bilik yang berhawa dingin di Primula Beach Hotel memiliki balkoni peribadi. Bilik mandi peribadi dilengkapi dengan alat pengering rambut. Selain daripada peti keselamatan peribadi, kemudahan menyeterika dan bar mini juga disediakan.

 Beach Hotel Primula terletak dalam jarak 5 minit pemanduan dari Muzium Negeri Terengganu, dan 20 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Air terjun Sekayu dan Tasik Kenyir berada dalam jarak 1 jam perjalanan dengan kereta. Para tetamu boleh bersenam di pusat kecergasan atau bersantai di pusat spa dan urutan.

Kemudahan-kemudahan lain termasuk meja tempahan pelancongan dan pusat perniagaan. Perkhidmatan hantar-jemput percuma ke Bandar Terengganu disediakan. Restoran Bayu menghidangkan bufet tempatan dan antarabangsa.

Restoran Anjung Bistro menawarkan pengalaman menjamu selera di luar, sementara Kuala Kopi Lounge menghidangkan snek dan kopi tempatan. Para tetamu juga boleh menjamu selera di dalam bilik.

Tempah Bilik Hotel Primula.

Hotel Tanjong Vista


Hotel Tanjong Vista terletak di pusat Kuala Terengganu, hanya 5-minit memandu dari Istana Maziah. Ia menawarkan kolam renang dalaman, restoran dan bilik-bilik dengan Wi-Fi percuma.

 Vista Tanjong Hotel terletak 10 minit memandu dari Muzium Negeri Terengganu serta 20-minit memandu dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Bilik-bilik berhawa dingin di hotel dilengkapi lantai berpermaidani serta TV skrin pipih.

Setiap bilik dilengkap dengan baik berserta bar mini dan pembuat teh/kopi. Kemudahan pancuran mandian air panas dan peralatan mandian juga disediakan. Restoran di tempat menyajikan pelbagai hidangan Malaysia dan Barat.

Makanan ringan dan minuman yang menyegarkan ditawarkan di bar snek tepi kolam renang. Tanjong Vista menawarkan perkhidmatan concierge serta simpanan bagasi di meja penyambut tamu 24 jam. Perkhidmatan dobi dan cucian kering disediakan atas permintaan.

Berminat nak menginap di Tanjong Vista? Tempah di SINI.

Felda Residence Hotel


Terletak di sepanjang Jalan Hiliran, Felda Residence Kuala Terengganu menawarkan tempat penginapan yang selesa dalam jarak 15 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Ia mengendalikan kaunter penerimaan tetamu 24 jam dan menyediakan akses Wifi percuma di dalam bilik-bilik hotel.

 Dilengkapi dengan lantai berkarpet, bilik-bilik yang dihias elegan menyediakan penghawa dingin, meja, cerek elektrik, dan TV dengan saluran satelit. Bilik-bilik menawarkan bilik mandi en suite dengan kemudahan pancuran mandi. Pengering rambut dan kemudahan menyeterika disediakan atas permintaan.

Kakitangan yang mesra di Felda Residence Kuala Terengganu boleh membantu tetamu dengan simpanan bagasi. Tempat letak kenderaan percuma disediakan di lokasi berhampiran untuk tetamu yang memandu, manakala kemudahan mesyuarat/jamuan boleh diatur atas permintaan.

Felda Residence Kuala Terengganu berjarak hanya 15 minit berjalan kaki ke Pasar Besar Kedai Payang. Terminal bas terletak kira-kira 10 minit pemanduan dari hotel ini.

Nak menginap di Hotel Felda Residence? KLIK SINI UNTUK TEMPAH.


Lain-lain hotel di Kuala Terengganu. >> Senarai Hotel Di Kuala Terengganu.


Previous
Next Post »

CARI HOTEL

Booking.com